Ayat Aktif dan Ayat Pasif
AYAT
AKTIF
Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi
kata kerja yang mementingkan subjek asal sebagai judul atau unsur yang
diterangkan.
Formula
Ayat Aktif:
Pelaku=Kata Kerja=Objek
Imbuhan
dalam ayat aktif: Me-,Men-, Mem-,Meng-.
Contoh:
Subjek
|
Prediket
|
|
1
|
Ali
|
menggoreng
ikan di dapur
|
2.
|
Ismail
|
tidur
|
3.
|
Kanak-kanak
|
bermain
|
4.
|
Bapa
Ahmad
|
menebang
pokok kelapa
|
Ayat-ayat
di atas ialah ayat aktif. Subjeknya ialah frasa nama yang melakukan perbuatan
yang dinyatakan dalam ayat tersebut. Prediket ayat diisi oleh kata kerja, iaitu
menggoreng, tidur, bermain dan menebang.
AYAT PASIF
Ayat
pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal
sebagai judul atau unsur yang diterangkan.
Formula Ayat Pasif:
Kata
ganti diri orang pertama dan kedua
Objek=kata bantu=Pelaku=Kata Kerja (tidak boleh menggunakan “di-oleh”, tetapi hanya perlu mengambil kata dasar sahaja dan buang imbuhan Me-, dihadapan)
Contoh:
Majlis
itu sedang kamu anjurkan dengan meriah.
Kata
ganti diri orang ketiga
Objek=kata bantu=kata kerja=pelaku (kata kerja perlu ditukar kepada imbuhan ‘di-oleh’)
Contoh:
Meja
itu sedang diangkat oleh Abu dengan berhati-hati.
Kata Ganti Nama
Pertama
|
Kedua
|
Ketiga
|
saya
|
Awak/engkau
|
dia
|
aku
|
Kamu
|
-nya
|
Beta
|
Anda
|
Ia
|
Patik
|
Tuan hamba
|
Beliau
|
Hamba
|
Saudara
|
Baginda
|
Kami
|
Tuan/puan
|
Mereka
|
Kita
|
Kalian
|
*Sebarang
objek nama akan jatuh kepada orang ketiga.
|
Sangat membantu
BalasPadam