Gaya Bahasa
Keindahan
Bahasa/Unsur Gaya Bahasa dalam Genre Sastera
1.
Personifikasi
-
Gaya bahasa 'perorangan' iaitu pemberian
sifat manusia kepada objek, benda atau konsep tertentu untuk menggambarkan
keadaan tertentu.
-
Contoh :
i.
Sawah telah uzur
Maksud : Keadaan sawah padi yang terbiar tidak diusahakan.
Maksud : Keadaan sawah padi yang terbiar tidak diusahakan.
ii.
Daun kelapa melambai-lambai
Maksud : Daun pokok kelapa
bergoyang-goyang ditiup angin.
iii.
Kata-katanya telah menikam-nikam hatiku
Maksud : Kata-kata nya telah menyebabkan
hatiku berasa sedih.
iv.
Kedinginan memeluk tubuhku
Maksud : Badan / tubuhku berasa sangat
dingin / sangat sejuk.
v.
Matahari tersenyum
Maksud : Cuaca cerah / panas
2.
Metafora
-
Perbandingan terus atau secara langsung
yang menggabungkan satu perkataan konkrit dengan perkataan abstrak.
-
Contoh :
i.
lautan fikiran -
berfikir secara terbuka
ii.
rimba kehidupan -
kehidupan yang penuh cabaran
iii.
api kemarahan -
berasa sangat marah
3.
Simile
-
Perbandingan secara tidak langsung antara
satu benda yang sama dengan menggunakan kata bandingan ‘seperti, bagai, umpama,
bak’.
-
Contoh:
i.
Suara yang bagaikan halilintar
ii.
Wajahnya manis umpama bulan purnama
iii.
Kasihku kepadanya bak lautan tak bertepi
iv.
Hatinya bancur bak kaca terhempas ke batu
4.
Hiperbola
-
Perbandingan yang dibuat untuk sesuatu
sesuatu keadaan/peristiwa yang keterlaluan atau melampau. (menyatakan sesuatu
secara berlebih-lebihan)
-
Contoh:
i.
Cita-citanya
menggunung tinggi
ii.
Keyakinanku
menggegar dunia
iii.
Hatiku
dilambung gembira
5.
Perlambangan / Simbolik
-
Kata-kata yang membawa maksud tersirat
bukan yang tersurat untuk digunakan untuk
menerangkan sesuatu benda, keadaan atau peristiwa.
-
Contoh :
i.
ibu/bonda -
tanah air/negara
ii.
merpati
putih - kedamaian/keamanan/kemerdekaan
iii.
piala - kejayaan
iv.
fajar - harapan baru
6.
Pengulangan
-
Unsur pengulangan berlaku pada kata,
ungkapan, barisan atau rangkap. Terdapat
4 jenis gaya bahasa pengulangan:
i.
Anafora
-
Pengulangan kata pada awal baris
pantun/sajak.
-
Contoh:
Kawan
ketawa
ramai selalu.
Kawan
menangis seorang diri.
ii.
Epifora
-
Pengulangan perkataan atau frasa di akhir
baris pantun/sajak.
-
Contoh:
Dewa
berjalan dihampirinya,
Naga yang besar didekatinya,
Setelah naga mencium baunya,
Kepala diangkat ternganga mulutnya.
Naga yang besar didekatinya,
Setelah naga mencium baunya,
Kepala diangkat ternganga mulutnya.
iii.
Repitasi
-
Pengulangan
kata dalam baris/ ayat tertentu.
-
Contoh:
Muka mesti manis, mulut mesti ramah, hati
mesti baik.
iv.
Responsif
-
Pengulangan kata di tengah baris.
-
Contoh:
Hari ini menugal jagung,
Hari esok menugal jelai;
Hari ini kita berkampung,
Hari esok kita bercerai.
7.
Sinkof / Sinkope
-
Singkatan perkataan.
-
Contoh:
“
Eiii,! Kenapa mata kau tu?”
(kau – engkau, tu – itu )
Contoh lain : tak
(tidak), nak (hendak), ni (ini)
8.
Hybrid
-
Penggabungan kata. (Daripada dua perkataan
menjadi satu perkataan)
-
Contoh:
“Takkan
awak tak boleh jawab soalan ini?” kata cikgu kepada Ramli.
“takkan” daripada
perkataan “ tidak akan“
9.
Inversi
-
Pembalikan susunan perkataan dalam ayat.
-
Contoh:
a) Terdiam
Zulkifli memikirkan jawapan.
(sepatutnya Zulkifli terdiam memikirkan
jawapan)
b) Hujan
pagi ini
(sepatutnya pagi ini hujan)
c) sihat
badan wajah berseri
(sepatutnya badan sihat wajah berseri)
10.
Jeda
-
Hentian sejenak pada tengah baris semasa
mendeklamasikan sajak.
-
Tanda (/) membawa tanda jeda/pemenggalan.
11. Paradoks
-
Bahasa yang menunjukkan unsur yang
bertentangan dalam sebaris ayat.
-
Contoh:
aku senyum dalam
tangisan
dalam kesepian di tengah keriuhan
kaya harta namun miskin budi pekerti
12. Imejan
-
Perkataan yang membawa imej sesuatu benda.
-
Contoh :
Imej alam - bulan, bintang, sungai, air, embun
13. Diksi
-
Penggunaan kata yang mengikut jenis-jenis
tertentu.
a)
Penggunaan kata ganda - Contoh:
marah-marah, bintang-bintang.
b)
Kata pinjaman bahasa arab -
Contoh : solat, subuh, berkat, fajar.
c)
Kata pinjaman bahasa Inggeris - Contoh :
suspen, artis,ego
d)
Kata pinjaman bahasa Istana - Contoh:
baginda, titah, santap
e)
Kata pinjaman bahasa klasik - Contoh:
arakian, lasykar
f)
Kata pinjaman bahasa jawa - Contoh :
manira, pakanira
g)
Kata Dialek - Contoh
seligi, penggodam
h) Peribahasa/simpulan
bahasa/kiasan - Contoh :
masa itu emas, hati batu, anak emas.
Unsur Bunyi
1. Rima
Akhir
-
Pengulangan bunyi yang sama atau keselarasan
bunyi pada kata/suku terakhir sesuatu ayat/baris puisi.
-
Contoh rima akhir ialah ‘abab’,’aaaa’ ‘abcdabcd’ dan sebagainya.
2. Asonansi
-
Pengulangan bunyi vokal yang sama dalam
puisi.
-
Huruf vokal ialah a,e,i,o, dan u.
-
Contoh:
Pandai melompat pandai berlari
(pengulangan vokal ‘a’)
3. Aliterasi
-
Pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam
baris pantun/sajak.
-
Contoh :
Kalau ada silap dan
salah
(pengulangan konsonan ‘l’)
4. Onomatopeia
-
Mengekalkan bunyi asal sesuatu benda.
Angin yang menderu-deru
Tentu ibu gembira tentu ayah bahagia
BalasPadamKalau nak seribu saya
BalasPadamSaya mohon keizinan gunakan bahan cikgu untuk anak murid saya.Halalkan ya. Terima kasih banyak
BalasPadamRAJA MERASAKAN ILMU INI BAIK
BalasPadam